Sunday 10 June 2012

Monday 6 February 2012

APA ITU GAMAT?


Secara tradisional, Gamat digunakan oleh nenek moyang kita sejak beratus tahun dahulu untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin, sebagai minuman tonik untuk mengembalikan tenaga, dijadikan minyak urut untuk meredakan sakit sendi dan otot malah turut diaplikasikan pada gigitan serangga untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Namun begitu, terdapat lagi individu yang masih keliru membezakan antara Gamat dan Timun Laut. Gamat merupakan famili Timun Laut di mana 9 spesies daripada 49 spesies Timun Laut telahpun dikenalpasti di perairan Malaysia. Menariknya, paling istimewa dan bernilai dari sudut perubatan iaitu “Gamat Emas” adalah dari spesies Stichopus horrens Selenka melalui kajian DNA oleh Kamarul, Ridzwan dan Gires pada tahun 2010 (dahulunya dikenali sebagai Stichopus hermanii).

Gamat 1

Gamat berbentuk silinder dengan leper pada bahagian dorso-ventral, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya). 

Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim (kini Konsultan Gamat Emas Sdn Bhd) telah mempelopori penyelidikan Timun Laut di Malaysia bermula sejak tahun 1980an di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Sabah dengan kerjasama Ko-Nelayan Sabah dan beberapa agensi berkaitan. Rentetan daripada ini, beberapa kumpulan penyelidik dari universiti tempatan muncul dengan kajian-kajian tentang Gamat dan Timun Laut.  
Masih bertapak teguh, Prof. Dr. Hj. Ridzwan Hashim kini adalah merupakan penyelidik utama mengenai pembiakan Timun Laut di bawah Geran TechnoFund, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan beliau sedang berkhidmat sebagai Profesor di Jabatan Bioperubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan Pahang. Sebelum ini Prof. Dr. Ridzwan juga pernah mengetuai Geran IRPA RMK ke 7  mengenai Timun Laut di perairan Malaysia di bawah Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTE).
Selain daripada itu kepakaran beliau telah digunakan untuk pembikinan dokumentari mengenai gamat dan timun laut oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta termasuk Filem Negara Malaysia, Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, beberapa program RTM dan TV3. Hampir kesemua akhbar Malaysia telah memetik atau menulis mengenai kajian Prof. Dr. Ridzwan mengenai Gamat juga Timun Laut. Prof. Dr. Ridzwan kini masih aktif membimbing pelajar PhD dan Master termasuk dari luar negara. Setakat ini beliau telah menghasilkan 4 buah buku mengenai Timun Laut dan sumber makanan laut. 
gamat 2

Hasil penyelidikan beliau dan rakan-rakan mendapati “Gamat Emas” kaya dengan kandungan protein melebihi 44%, 3-5% karbohidrat dan kurang dari 2% lemak kasar. Lebih memberangsangkan “Gamat Emas” turut mempunyai pelbagai bahan bioaktif yang berkhasiat antaranya asid amino dan asid lemak perlu, vitamin, mineral dan sebagainya.

“Gamat Emas” sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi  antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.


Menyedari hakikat kebaikan Gamat yang terlalu luas dan universal maka kami di GESB memformulasikan produk penjagaan kesihatan berasaskan Gamat di bawah pengawasan pakar bagi kegunaan harian dan kesihatan dengan jenama ‘eMas’ khusus untuk anda!

Tuesday 29 March 2011

UNTUK KETERANGAN LANJUT:

PN KABILAH ABD HASSAN


NO TEL: 01119512536


TEMPAT TINGGAL: KG. PANGI, KUNAK.

Friday 29 October 2010

PENGENALAN RUMPAI LAUT DAN JENIS-JENIS



  • Rumpai laut (seaweed) spesis Euchema cottonii atau Euchema kappayachus alvarezii, nama tempatan Agar-Agar.
  • Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur.
  • Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan.
  • Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi.
  • Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tidak.

Gambar-gamabar rumpai laut yang terdapat di Malaysia:



















KESEUAIAN TAPAK PENGKULTURAN RUMPAI LAUT

a. Perairan laut terlindung

b. Ketinggian ombak 1-2 kaki

c. Saliniti 30-35 ppm

d. Kualiti air laut yang baik

e. Dasar laut berpasir dan berbatu karang.





Program Pengkulturan Rumpai Laut

Program Pengkulturan Rumpai Laut ialah penyediaan infrastruktur asas dan sistem sokongan industri bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut kepada kumpulan golongan sasar.





Objektif Program Pengkulturan Rumpai Laut

Menyediakan Zon Industri Rumpai Laut Negara khas bagi rumpai laut yang dilengkapkan dengan infrastruktur asas dan lain sistem sokongan industri oleh kerajaan bagi aktiviti pengkulturan rumpai laut  dan pemprosesan produk nilai tambah berasas rumpai laut dan mengenalpasti lebih  banyak kawasan pengkulturan baru berpotensi untuk pengkulturan rumpai laut seluruh negara.   

KAEDAH PENGKULTURAN
Tiga kaedah pengkulturan rumpai laut, iaitu; 
  • Pancang (kayu belian dan tali nylon) ukuran 35′x35′/unit pada kedalaman antara 0.3 – 1.5 m. Jumlah tanaman 14,500 pokok/ekar.
  • Rakit (pelampung stryfoam dan tangsi dengan strength : 150-200 ibs) 15′x85′/unit pada kedalaman 3 – 10 m. Jumlah tanaman 7,700 – 11,500 pokok/ekar.
  • Rawai (tangsi dan pelampung) 300′/unit (paling popular digunakan) pada kedalaman 2 – 5 m. Jumlah tanaman 6,500 – 9,500 pokok/ekar.

Gambar Pengkulturan Rumpai Laut

SISTEM RAWAI
TUAIAN RUMPAI LAUT
MENGIKAT BENIH RUMPAI LAUT
SISTEM RAGA










http://img262.imageshack.us/img262/7872/sweedbm9.jpg 

Wednesday 20 October 2010

KEPENTINGAN RUMPAI LAUT

Memandangkan rumpai laut merupakan kumpulan tumbuhan yang banyak mendiami persekitaran laut, maka tumbuhan ini mempunyai peranan yang besar dalam kemandirian sistem ini. Memandangkan sumbangan besar yang dimainkan oleh tumbuhan tidak vaskular ini untuk kesejahteraan dan kebajikan manusia, maka dirasakan kurang adil istilah rumpai digunakan pada flora ini. Lebih tepat lagi kita istilahkannya sebagai sayur-sayuran memandangkan tumbuhan ini mempunyai potensi yang besar untuk digunakan secara meluas sebagai makanan.



Kepentingan ekonomi
a)     Makanan pencuci mulut
Rumpai laut mempunyai beberapa kegunaan kepada manusia sehari-hari. Manusia telah menggunakan rumpai laut sebagai makanan sejak berkurun-kurun. Manusia telah menyedari bahawa beberapa rumpai laut terutama alga merah dan alga perang boleh dijadikan sebahagian daripada diet. Cara memakannya berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
     Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein yang tinggi. Walaupun ia mempunyai karbohidrat yang tinggi, tetapi karbohidrat ini sukar dihadamkan. Sebagai contoh di Hawaii, rumpai laut yang dikenali sebagai 'limu' telah menjadi makanan kegemaran sejak turun temurun. Dua spesies yang digemari ialah Entermorha prolifera (alga hijau) danGracilaria coronopifolia (alga merah). Di beberapa tempat di kepulauan Britain, Porphyra (alga merah) yang dikenali sebagai 'purple laver' dimakan dengan beberapa cara. Alga merah dibasuh dan direbus untuk dijadikan kek leper yang dikeringkan dan digunakan untuk membuat 'blancmange' dan makanan pencuci mulut yang lain. Di negara-negara ini, Palmaria (alga merah) atau lebih dikenali sebagai 'dulse' masih digunakan untuk membuat roti dan makanan pencuci mulut.

b)    Membuat teh dan kandi
Di Jepun, penyediaan makanan daripada rumpai laut merupakan satu seni. Beberapa spesies telah ditanam dan aktiviti ini merupakan tradisi yang telah lama diamalkan. Spesies Laminaria dan Alaria (atau 'kombu') dikeringkan dan dihancurkan sebelum dimakan. Tumbuhan ini turut digunakan untuk membuat the dan kandi. Undaria atau 'wakame' ialah satu lagi kelpa yang sedap dimakan secara mentah. Porphyra digunakan untuk membuat 'nori' (kulit nipis) yang digunakan secara meluas dalam sup dan sebagai pembungkus 'sushi' (nasi rebus yang disertakan dengan ikan mentah dan landak laut).
     Di Malaysia, beberapa spesies Caulerpa dan Gracilaria dimakan mentah oleh masyarakat Melayu tempatan terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di Sabah, Eucheuma merupakan rumpai laut yang sangat digemari oleh masyarakat tempatan.

c)     Makanan haiwan dan baja
Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja. Sebagai makanan haiwan, makroalga seperti Ascophyllum, Laminaria dan Fucus boleh diberikan kepada kembing, lembu, kuda, ayam dan babi. Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut, telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi. Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja. Rumpai laut yang biasa digunakan untuk tujuan ini termasuklah Fucus. Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan dengan bahan organik yang lain. Baja yang terhasil bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.

d)    Bidang perubatan
Rumpai laut seperti MacrocystisLaminariaFucusSargassumTurbinariaHormophysa dan Hydroclathrus telah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolestrol plasma.

e)     Menghasilkan bahan kimia
Rumpai laut menghasilkan beberapa jenis bahan kimia bak kanji yang dikenali sebagai fikokoloid. Fikokoloid digunakan dengan meluas dalam industri pembuatan makanan. Kemampuannya membentuk gel walaupun pada suhu rendah menjadikan fikokoloid begitu berharga. Bahan-bahan komersil ini banyak mempunyai kegunaan dalam industri terutama sebagai bahan penebal, pengampai, penstabil dan pembentuk gel. Salah satu fikokoloid yang terpenting ialah algin (yang terdiri daripada asid alginik dan garamnya alginat). Algin digunakan sebagai bahan penstabil dan pengemulsi dalam pembuatan hasil tenusu seperti aiskrim dan keju. Selain daripada itu, ia juga digunakan sebagai agen pengampai dalam pembuatan bahan pengilat, farmasi, dadah dan antibiotik.
     Fikokoloid  kedua  yang boleh diperoleh daripada rumpai laut ialah karagenan. Bahan ini diperoleh daripada alga merah seperti Chondrus ('irish moss') di Atlantik Utara dan Eucheuma  di kawasan tropika. Karagenan menyerupai agar-agar tetapi mengandungi kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel. Bahan ini digunakan sebagai agen penstabil dalam aiskrim, ubat gigi, sirap, ubat batuk, minuman keras dan hasil tenusu di samping membaiki tekstur roti dan sup.


Kepentingan ekologi
a)     Ekologi samudera
Rumpai laut memainkan peranan penting dalam ekologi samudera. Kewujudan rumpai laut terutama alga perang mempunyai kesan penenang terhadap laut. Tumbuhan ini kadangkala boleh hidup dengan begitu banyak hingga membentuk hutan di dasar laut dan bertindak sebagai benteng yang mampu membendung dan mengurangkan daya ombak yang merempuh pantai. Selain itu, rumpai laut bersama-sama rumput laut (tumbuhan berbunga) bertindak untuk menstabilkan pinggir pantai dan mengurangkan hakisan.

b)    Menyediakan habitat
Rumpai laut menyediakan habitat yang sesuai untuk berbagai-bagai jenis hidupan laut seperti ketam, buran laut, tapak sulaiman, teritip, bunga karang dan alga kecil yang lain. Bentuknya yang rimbun mampu memberikan perlindungan daripada ombak dan juga pemangsa organisma-organisma ini. Organisma yang bersembunyi di celah-celah lamina rumpai laut ini kemudiannya menjadi makanan kepada fauna yang lebih besar. Rumpai laut itu sendiri menjadi makanan secara langsung kepada hidupan laut terutama makanan untuk moluska. Rumpai laut yang terdampar di pantai akan mengalami pereputan dan memungkinkan kunjungan pelbagai jenis serangga terutama lalat. Organisma yang makan dan berlindung pada rumpai yang reput ini kemudiannya akan menjadi makanan kepada hidupan lain.
     Alga merah koralin mempunyai peranan yang tersendiri terutama di terumbu karang. Alga merah seperti PorolithonLithothamnion dan Lithopyllum menyumbangkan kalsium karbonat untuk pertumbuhan terumbu batu karang, malah kadangkala sumbangan kalsium karbonat ini lebih besar daripada yang diberikan oleh haiwan karang.